Pages

Tuesday, March 15, 2011

cinta itu airmata

Memendam rasa, menjeruk hati. Kalau boleh tak mahu lepas genggaman itu. Genggam kuat2 walhal sudah lenguh. Pegang erat2 walhal sudah rasa kebasnya. Genggam hati kuat2 supaya tidak meledak pecah satu amarah yang kejam. Sabar sikit saja lagi. Bukankah itu perkara biasa dalam bercinta? Biasa mungkin. Biasa saja. Biasa.

Kalau genggaman terlepas? Hancur berkecai semuanya. Diam membisu menahan nanah yang mahu menitik2. Sakitnya. Senaknya mencucuk2.

Adakah itu suatu lumrah bila tak dapat harus dikejar. Harus dijaga hatinya. Semua kerana keinginan mahu memiliki. Tapi bila dah dapat, dibiar sepi. Hati seakan mahu dibakar. Dijaga? Jauh sekali.

Aku yang sering kali tersungkur menyembah bumi. Termenung termanggu berfikir apa sebesar gajahkah salah aku? Atau sebesar gunung?

Hati hanya perlu dijaga sebelum memilikikah? Bagaimana sekarang? Tak perlu dijagakah? Cinta tak perlu dibajakah? Kenapa harus dibiar? Kenapa tersangat yakin? Cinta juga seperti bunga. Tak dibaja, tak disiram, mana kan keluar bunganya. Tak dibelai tak dipujuk, maka layu lah ia.

Kalau cinta, kenapa dihina. Kalau sayang, kenapa diperli. Kalau kasih, kenapa tak peduli. Sejak akhir2 ini, mudahnya airmata gugur kerana cinta. Hati terlalu rapuh. Mudahnya ia terluka.

Aku dituduh terlalu memandang kebendaan. Aku dituduh sombong dan ego kerana kebendaan. Aku angkuh? Setitis airmata gugur. Aku dikata hanya nakkan kesenangan? Lencun lengan baju kurung aku. Terima kasih cinta. Kau lukakan hati aku. Berdarah!

Readers