Pages

Tuesday, March 15, 2011

Dewi Cinta Arjuna 3: Sumpahan Dewi

Sulaman cinta Dewi Kumbang dan pemuda kebanyakan yang bernama Arjuna Cinta masih belum mampu dihidu orang2 negeri kayangan. Mereka riang bertemasya merai cinta. Segalanya tampak elok sebelum Dewi Kumbang dibawa pulang ke istana kayangan.

Diakhir pertemuan, si Dewi Kumbang bersumpah akan setia hanya pada Arjuna Cinta sehingga berhembusnya nafas terakhir. Dewi Kumbang juga bersumpah, helaan nafas yang menderu di hari kelak hanya selagi adanya Arjuna Cinta. Tiada Arjuna Cinta, maka berakhir jua hayat si Dewi Kumbang. Dewi Kumbang dan Arjuna Cinta sama2 berjanji setia akan memohon restu seluruh kerabat dan handai. Kata harus dikota. Cinta mesti dimeterai.

Malang menimpa, langit menggulung mendung seakan hiba mendengar teriakan semangat sumpah Dewi Kumbang. Petala taufan bakal mengundang kerana sumpah janji si Dewi Kumbang yang sedang alpa diamuk cinta berahi Arjuna Cinta hanya didengar satu telinga. Sedang Arjuna Cinta belum tentu hebat mempertahankan cinta suci Dewi Kumbang.

.....bersambung


Readers