Pages

Wednesday, March 16, 2011

it won't last together

Sedu sedan masih belum reda, hujan batu jatuh menimpa. Sesekali kau akan terangguk namun berkali2 kau akan mengeleng. Rembesan yang akan kau sedaya upaya tahan tak mungkin hanya mampu diseka dengan jemari.

Apa itu esak tangis?

Hati meronta berkata, akhiri segalanya. Hati juga meronta berbisik, kuatkah kau menanggung beban sakitnya nanti? Sekelip mata kepala laju digeleng. Belum kuat, bisik hati bersama deruan nafas esak tangis.

Harus apa yang bakal aku redah di hari esok. Tak perlu berfikir untuk jangka masa yang panjang, cukup dengan hanya berfikir tentang hari esok. Harus bagaimana? Bergenang, berlinangan lagi ia turun. Sengaja dibiarkan. Andai dikesat maka makin laju tumpahnya.

Terkelip2 memandang ruang sempit, sesempit otak yang semakin mengecut. Cuba bersoal jawab dengan hati sendiri. Berkata benar masih ditempelak. Harus setinggi everestkah tahap kesabaran didada? Supaya ledakan amarah dan benteng kesabaran tidak hancur seperti sesaat tadi. Ia gugur lagi setitis menyembah bumi.

Ujian apakah yang sedang melanda hidup? Dua minggu berlalu, masih belum mampu untuk menyembah Dia. Ditambah dengan sakit di dada dek buatan orang seketika tadi. Apa yang sedang bermain dengan takdir hidup? Denyut jantung berdetak laju. Semakin lemah segala urat saraf. Mahu menyembah bumi. Lalu ia gugur lagi tanpa henti.

Kau semestinya sedang bergembira kerana mampu buat perempuan ini terseksa dan GILA...

Readers