Pages

Wednesday, March 16, 2011

keraian bagi sebuah meditasi adalah kenyataan

Seronok menanti. Walau sakit, namun sebuah pengharapan yang bersisa buat ia menjadi indah. Indah yang hanya hadir kerana adanya khayalan ciptaan sendiri. Kesakitan tak terasa andai episod diakhiri dengan hari pembalasan yang penuh dengan warna-warni. Warna yang lebih indah dari warna pelangi. Warna pelangi yang hanya cantik dipandang, tak tercapai menyentuh? Bahagiakah dengan hanya berkhayal seolah-olah mampu menggapai warna pelangi?

Kenapa tidak saja berlari mengejar kenyataan? Kerana kenyataan tidak seindah mimpi bukan?

Ukir senyuman di hati, bukan hanya pada bibir.

Mahu menafikan kenyataan? Masih ingkar dari mendekati sebuah meditasi? Pengakhiran putaran hidup ialah sebuah kenyataan.

Readers