Pages

Wednesday, March 16, 2011

koyak rabak

Berkurung dalam kegelapan. Bukan sengaja mahu menyisih. Bukan juga mahu menunjuk bahawa diri ialah sang Dewi tegar. Aku cuma malu pada mata2 yang bakal memandang. Bengkak hidung, sepet mata, mungil bibir. Aku sama sekali takkan biarkan kau-kau-kau memandang raut wajah aku yang mungkin akan bertukar seperti troll secara mengejut.

Termangu lagi bila ada yang cuba mengambil hati. Aku kuat? Ahhh! Aku tak kuat macam dulu lagi. Aku sudah menjadi manusia yang paling lemah. Rebah dan sering kali tersungkur. Aku sudah menjadi perempuan yang murah. Murah sekali menongkah semangkuk airmata. Tiada lagi kekuatan untuk angkuh bertebaran tinggi di langit, lari dari semua mata dan jiwa manusia. Ego.

Bila hari ini dihempap lagi dengan selonggok musibah, aku hanya mampu menggagahkan diri untuk merangkak. Cuba membuka sayap untuk terbang namun tiada berhasil. Lalu dipandang sayu sayap nan indah. Ia sudah koyak rabak terseretkan musibah. Takkan mampu lagi untuk terbang riang.

Sedari diri tidak lagi mampu terbang walau hanya setinggi kunang-kunang, aku terduduk menyembah bumi. Malu. Lantas meraung sekuat hati. Inilah musibah yang sudah pandai mencari kelemahan diri. Seluruh urat nadi seakan berdenyut longlai. Menanti saat untuk terhenti di akhir cerita.

we all have wings. Some of us just don't know its existence.

Readers