Pages

Wednesday, March 16, 2011

koyaknya helaian itu

Terjumpa helaian berwarna biru, bercat dakwat pink. Ada tulisan yang entah bila dicoret. Tulisan aku sendiri. Lalu dikoyak. Sebelum tong sampah jadi tempatnya, aku pateri ia disini. Tanda menghargai nukilan sendiri. Indah. Tapi ngilu.

Cinta itu masih bersisa
Bukan meminta simpati
Juga bukan mahu meraih kembali
Apatah lagi merampas kebahagiaan yang pernah disentap.

Biar bersisa cinta
Yang sisa itu hanya mampu jadi kenangan.

Biar kering ia sendiri disitu
Kering disimbah hangat amarah!

Luka sudah sembuh
Tempat bergantung sudah punya
Rantai hati sudah tersarung.

Andai diberi peluang ke masa lalu
Aku memilih mahu tiadakan
Semua kenangan sewaktu bersama
Celaka!

Andai kau kembali merayu menginginkan aku
Aku mahu minta satu
Tiadakan cinta mu untuk aku
Dari saat pertama kali kau belajar memandang
Tadah hati sebelum terjatuh
Hati kau yang terjatuh
Mata kau yang terpanah
Jiwa aku yang cedera.
Celaka!

Readers