Pages

Wednesday, March 16, 2011

4:02 am

Aku kira takkan muncul lagi rasa sakit hati dan dendam yang menebal. Rasa yang hanya aku rasa bila hati terlalu penuh dengan rasa cinta. Rasa yang tak pernah beri rongga untuk benci menyelit. Sempit. Sehingga benci lemas, lalu melolos pergi.

Ibarat seketul hematite yang aku junjung, jatuh menghempas kepala sendiri. Pecah jauh sekali, tapi kepala mungkin berkecai.

Bila rasa cinta yang ditatang penuh mula tumpah terpercik ke muka sendiri, hati mula mahu menerbitkan bau benci. Namun bila benci tegar muncul, rasa dendam mejalar merangkul hati. Api dendam seolah mau bernyala dalam timbunan arang basah. Mustahil atau tidak bukan jadi ukuran lagi.

Bila jemari menggigil mencarik2 bulu anak beruang dalam pelukan, bila nafas dihela menyeka sendu bertebaran, bila airmata hitam gugur membasahi bantal peluk, dan bila tangan mau merobek tulang rusuk untuk meramas hati sendiri...hati kau akan aku celakakan sehingga robek derita. Noktah.

Readers