Pages

Wednesday, March 16, 2011

bebau dendelion

Awak tau tak, saya sedang tunggu "sakit" datang. Pelik kan, walau dah sedia maklum penantian ini 90% bakal menyakitkan, hati tetap tegar menanti. Bodoh. Saya tau saya memang bodoh. Disakiti juga masih mahu bertahan. Merugut tak sudah tapi tegar menanti macam tugu. Keterlaluankah saya, mengharap awak menagih cinta? Sedang pada akhirnya saya yang menagih.

Awak cinta saya. Awak hati saya. Awak jantung saya. Awak paru2 saya. Awak limpa saya. Awak mata saya. Awak tangan saya. Awak kaki saya. Awak suara saya. Awak telinga saya. Awak juga perut saya. Andai hilang satu, cacatlah saya.

Sekarang, saya dah cacat...pecah sebelah paru2.

Semalam, awak carik paru2 saya sampai hancur. Lepas tu awak tinggalkan saya sorang2 bandaged luka sendiri.

Awak bangun pagi awak pretend semua dah pulih. Awak, saya bukan monyet Jack Sparrow yang tak cedera ditembak berkali2.

Saya tunggu awak sampai lebam bawah mata, bengkak kantung mata. Saya tau kalau awak muncul sekalipun, awak akan hadiahkan saya berdas2 "penambah luka". Tapi saya tetap tunggu. Saya cuba jadi kebal.

Saya suka dandelion. Tapi tak suka tiup ia supaya pergi diterbang angin.

Hari ni, awak pergi dari hidup saya. Pergi dari terus terbeban dengan masalah. Mungkin langkah ni awak rasakan paling bijak. Tak mengapa. Asal awak puas. Saya bukan apa2...

Biar mati saja cinta kita.

Readers