Pages

Tuesday, March 15, 2011

Dewi Cinta Arjuna 5: Rayuan Hiba

Dek kasihan mendengar kisah keperitan Dewi Kumbang, dengan bermurah hati Arjuna Cinta mengutus khabar. Merayu supaya Dewi kembali meneruskan sisa hidup. Peritnya tidak terperi. Berbekalkan sejuta kepahitan, Dewi kembali turun menjengah dunia. Segala demi sayang dan kasih yang tercurah habis pada Arjuna.

Saat itu Dewi teramatlah sedar. Rayuan Arjuna untuk dia kembali bukan kerana cinta suci lagi. Ia berbentuk belas semata2. Namun dek kerana cinta Dewi pada Arjuna melimpah2, kata manis mahupun dusta tetap tegar Dewi telan.

Dewi Kumbang hidup tanpa arah tuju. Deru nafas menginjak2 memanggil nama Arjuna Cinta. Empangan airmata saban hari tumpah ibarat sudah menjadi satu kewajipan. Dada berdetak2 tanpa henti menginginkan Arjuna Cinta. Namun bayang Arjuna tiada jua kunjung tiba. Keras sungguh hati Arjuna. Benci gamaknya menghadap Dewi. Apa sudah tiada seri harumkah Dewi Kumbang? Apa busuk sudah bunga cinta Dewi? Cinta itu buta dan membutakan mata juga hati. Andai sudah dicampak, mana bisa dikutip kembali. Malahan mungkin sudah dipijak2 terbenam kedasaran. Hina!

.....bersambung


Readers