Pages

Tuesday, March 15, 2011

Dewi Cinta Arjuna 6: Dewi Lenyap

Dewi Kumbang terawangan dibawa khayalan membunuh. Berpijak di bumi yang nyata pun tidak, kembali ke alam kayangan nan kekal pun tidak. Cintanya pada Arjuna Cinta membunuh segalanya. Racun cinta menembusi setiap liang urat nadi Dewi Kumbang. Tusukan paling tajam jua hinggap tepat ke jantung. Dewi Kumbang akhirnya mati. Mati jiwanya. Mati perasaan. Mati cinta buat selamanya.

Dewi pergi membawa diri mencari yang sudi. Namun dek kerana Dewi melanggar janji suatu ketika dulu, satu sumpahan bakal menjatuhi si Arjuna Cinta. Suatu ketika dan masa, jadian si Dewi Kumbang bakal meragut hidup Arjuna Cinta. Jadian yang penuh kebusukan itu akan merasuk keturunan si Arjuna Cinta bila tiba saat dan ketikanya nanti.

Deru nafas masih kedengaran bersulamkan bisikan sebelum lenyapnya Dewi Kumbang dari alam kayangan:

“Ya Allah, Tuhan sekalian alam, seperti mana aku akur pada qada’ dan qadar Mu mengatur hidupku di dunia, maka temukan dan jodohkan kembali aku dengan Arjuna Cinta itu di syurga. Akan aku tunggu Arjuna Cinta di pintu Firdausi-Mu. Saat itu, ku mohon Kau hadiahkan dia hanya untuk aku. Mungkin dia bukan jodohku disini. Tapi Kau jodoh kan lah kami di sanakelak. Akan ku bajai dengan sempurna semua cinta yang Kau anugerahkan untukku dikenyataan ini, supaya Kau hadiahkan cinta idaman untukku di sana…”

.....TAMAT.....


Readers