Pages

Wednesday, March 16, 2011

dua jiwa masih bersimpul

Ego dan kesombongan yang bila bersatu memang akan membawa satu kemegahan. Tapi kadang2 kemegahan itu hanya terpamer pada luaran. Kalau hati berada diluar seperti ink printer canon, semestinya satu dunia sedang gelakkan aku. Lihat3, hati yang sedang memerah airmata menangisi sebuah pemergian. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tapi mungkinkah satu perpisahan boleh berpatah balik untuk mewujudkan satu lagi pertemuan? Aku sedang melutut menanti dan akan terus menunggu. Moga yang pergi itu kembali merangkul lagi. Jaga diri kamu, moga2 doa aku akan sentiasa memayungi setiap langkah kamu. Cinta juga masih angkuh mengisi jiwa. Bisukan kata, biar dua hati yang berbicara wangi. Biarkan saja bunga itu layu. Kerana yang layu itu hanya jasad, bukannya cinta aku kepada kamu.

Readers