Pages

Wednesday, March 16, 2011

semalam cuma

Bibir diraba barang sesaat, kenapa harus tersenyum? Tapak tangan meraup muka, kenapa ada basah-basah lembab dipipi? Nafas dihela panjang, dilepas suram. Terdongak cuba memandang langit tapi apa yang tersergam hanya sebuah siling usang. Mata dikerdip2 lagi, hati berbolak balik. Cuba meraba hati tapi tak mungkin tersampai. Terasa suam dan bergetar paru2 setiap kali cuba menghela udara malam. Hati2, supaya angin kotor tidak merosak ruang rongga kerongkong. Mata dipejam dan cuba dibuka kembali. lama tapi tenang.

Bila celik mata tersepit dari bukaan kasar. Subhanallah, matahari sudah memancar. Lena diulit rindu barangkali. Tersenyum lagi. "Sayang...". Benar atau bohong. Khayalan atau realiti. Hati tidak mahu peduli lagi. Ditusuk sehingga memancutnya darah merah juga ia masih tetap sama.

Readers