Pages

Wednesday, March 16, 2011

melankolik harum datang

Aku suka wangi. Kau suka wangi. Dia suka wangi. Mereka pun suka wangi.

Aku suka wangi cinta. Aku benci wangi rindu. Aku resah bila ada dua wangi bercampur.

Wangi yang tak biasa kau hidu. Jiwa gelisah.

Wangi yang bukan terbiasa lagi. Jiwa mengecut.

Gelengan demi gelengan. Kibasan demi kibasan. Libasan demi libasan. Namun bau wangi semakin mendamping. Aku gugup lagi. Berundur bukan setapak. Berlari bukan selangkah. Lintang dan pukang tak lagi disusun rapi.

Kenapa mahu mendekat? Namun bukan pada siapa soal dituju.

Andai aku tau niat datangnya wangi. Andai aku mengerti pada siapa harus di unjuk tanda soal. Andai mampu diseret hati dari terbuka untuk mengintai.

Readers