Pages

Tuesday, March 15, 2011

Rajuk si Dewi

Dewi bangkit lagi. Kali ini bangkit untuk pergi jauh dari mulut dan hati yang kebusukan. Hati Dewi turut terkena tempias lalu bernanah. Dewi menebarkan sayap, bersedia untuk berlalu pergi. Seruan bergema berdentum2. Dewi diselubungi kabus hitam. Dewi tak mungkin dilihat lagi. Rajuk Dewi bergempita di seluruh alam. Segalanya sudah terlambat. Rajukan Dewi tidak terpujuk lagi. Untuk apa ditangisi. Dewi bukan Dewi Bunga yang menebarkan bau harum semerbak. Dewi adalah Dewi Kumbang yang hitam legam. Untuk apa dilihat Dewi lagi. Dewi tidak secantik pari-pari. Dewi bukan Dewi Suci yang berhijab putih. Dewi pergi, hilang dari pandangan mata. Dewi hanya ingin melihat ragam manusia di sebalik kotak hitam ciptaan sendiri. Perginya Dewi demi kepuasan semua. Pergi Dewi demi menghindar fitnah dan noda. Pergi Dewi kerna tidak betah melihat orang yang dicinta dicemuh kerana kejelikan peri dan fizikal Dewi. Pergi Dewi demi pengorbanan sebuah cinta yang entah dihargai entah tidak..

Readers