Pages

Tuesday, March 15, 2011

worst day ever )'=

Hari ni adalah hari yang punya kombinasi yang mungkin memberi impak neutral dalam diri. Aku bukan ingin meluah rasa hati. Aku sudah tak punya kekuatan untuk bertegang dan membela diri. Lantas kelihatannya hari ini aku adalah seperti aku adanya. Mental dan emosi cuba berlumba untuk menularkan ion2 negatif. Sebaliknya aku sangat positif. Disebalik semua keresahan gelojak jiwa yang mendesak, aku sabar. Oh Tuhan, aku bersyukur aku tidak dibisik hasutan syaitan durjana. Aku bersyukur kerana hari ini berlalu dalam bulan Ramadhan-Mu yang mulia. Tiada rontaan, tiada juga tegangan. Kekecewaan dan terkilan yang berbuku aku baluti dengan kesabaran. Aku sadur indah dengan sifat kelembutan yang terpendam. Oh Tuhan, aku bersyukur dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi. Kesabaran ini mampu buat aku waras berfikir. Oh Tuhan terima kasih kerana memberi aku kesempurnaan fizikal. Aku bersyukur dianugerahkan rupa yang seelok kejadian. Ya Allah, hari ini adalah hari yang penuh penghinaan bagi diriku. Aku rebah Ya Allah. Aku ingin sekali rebah di lantai hamparan sejadahmu. Rebah kerana penghinaan, tersungkur penuh kemuliaan...

Readers