Pages

Wednesday, March 16, 2011

siapa seru dewi kumbang?

Kenapa wujud lagi rasa ingin menghentam balik Sipolan? Kenapa tidak dibiarkan saja Sipolan tersebut terjun dengan labunya? Aku termanggu sendiri. Siapa salah? Eh, akukah yang bersalah? Mungkin. Aku terlalu melayan perasaan sehingga memberi ruang pada Sipolan untuk menjentik hati. Tersenyum sendiri...

Yang mahu dijentik itu hati siapa? Hati aku atau hati si Dewi Kumbang? Hati-hati teruna, jangan silap jentik, kelak merana jiwa. Jangan salah mencuit, kelak ada darah merembes keluar dari hidung. Tersenyum lagi...

Aku terkilan dengan diri sendiri kerana masih mewujudkan si Dewi Kumbang. Harus disorok Dewi dari menjelma supaya kehadirannya tidak disalah ertikan. Dewi Kumbang bukanlah dewi kejahatan. Tempatnya bukan kegelapan. Kesian Dewi, sering dicampak ke lembah gelap tanpa rela...

Semalamnya tanpa sedar Dewi muncul mengguris sekeping hati. Aku biarkan saja permainan berlangsung. Aku kira Sipolan memang layak menerima goresan itu. Untuk apa dijaga lagi hatinya sedang beberapa kali dicuba menjentik2 hati Dewi. Tersenyum pahit...

Seharusnya Sipolan pergi jauh sejauhnya. Tidak dibolehkan dia dari mendekati lagi kerana pukauan Dewi Kumbang mampu membuat Sipolan berpaling dari Cinta Hati dan meluru ke arah Dewi. Sejenak bila tersedar, Sipolan akan kembali berjalan ke arah Cinta Hati. Sipolan memang amat rapuh hatinya.

Nasihat Dewi kepada Sipolan, bermain api jangan sampai terbakar. Menjentik hati jangan sampai terasa sakit. Memberi luka jangan sampai berbekas parutnya. Tidak perlu berfikir tentang Dewi. Dewi mampu hidup sendiri. Apa yang mungkin melegakan hati, Si Dewi masih punya Sang Pedang kesayangan. Ahh, jangan sampai Sang Pedang berdiri di depan Dewi Kumbang dan mencantas kepala kamu...

Sipolan, aku sudah lali dengan permainan bodoh kamu...

Readers