Pages

Wednesday, March 16, 2011

mahu ia kembali

Hilang tanpa sedar. Hilang yang disengajakan hati. Hilang dek kelalaian jiwa. Apa yang hilang itu sangat berharga. Jahil dan buta kerana dunia sehingga tercicir ia. Jiwa gundah. Hati tidak tenteram. Kenapa tidak pernah mahu menghargai anugerah nan satu itu. Kenapa mahu disisih ketepi. Sedang banyak mata yang memandang bertutur dengan jiwa2 mereka,

"Sesungguhnya kau manusia yang sedang melangkah ke alam yang penuh hina. Kau menolak diri kau sendiri supaya terhumban ke lembah api menjalar. Kau membuang kesempurnaan yang kau miliki. Kau merobek keindahan anugerah Illahi. Kau sombong untuk menerima kesempurnaan yang diberi."

Duduknya aku selepas tersungkur. Tersedar dari khayalan dunia. Tersujud menyembah Dia. Berlutut memohon keampunan. Apa taubat aku diterima? Apa aku masih mampu diangkat penuh penghormatan? Merembes airmata membasahi pipi. Tertiarap menyorok muka pada si Pencipta. Aku malu.

Selangkah kehadapan sementelah depresi menggila. Ada pula suara menyapa. Lantas hiba semakin kuat menyentap urat nadi.

"Sempurnanya dia sesempurna kamu. Indahnya dia seindah kamu. Apa yang dia punya kamu punya. Namun terkilannya aku kerana apa yang kamu punya tak semua ada pada dia. Apa yang tiada itu bukan suatu yang remeh tetapi suatu yang sangat aku pentingkan, sangat aku inginkan..."

Aku mengerti. lalu menjalar laju cecair merah pekat kedalam setiap pembuluh darah. Untungnya wajah sugul ini tidak terlihat. Andai terlihat, pasti terpamer biru wajah yang kau anggap indah, jiwa yang kau anggap luhur. Tersenyum pahit. Untungnya juga aku sudah kembali ketika ini. Bertuahnya aku diberi peringatan semasa masih berpijak di dunia.

Readers