Pages

Sunday, April 10, 2011

gambaran dimensi hati

Saban hari masih menilik sekeping gambar passport hampir lunyai pemberian teruna. Masih belum puas menilik setiap sudut wajah sejernih titisan embun. Walau mata sudah kabur digenangi air, masih tolol mahu tersenyum.

Jari semerta ligat mahu memicit kepala, mengesat air hidung, sehingga terlupa menghapus bukti paling nyata. Airmata rindu.

Kotak hati kian menyempit. Esak bertali arus, anehnya tak putus mahu bersambungan.

Kenangan apa yang sebegitu tega menderu-deru memaksa esak tangis?

Lalu bersoal jawab dia dengan gema suaranya sendiri.

Readers