Pages

Sunday, April 10, 2011

cinta penunggu bulan

Kau pernah jadi pungguk? Aku pernah jadi pungguk yang tak pernah bosan berendam airmata. Aku juga pernah jadi pungguk moden. Menanti sambil ditemani jerik sorak pesta malam. Airmata menitis tapi hanya separuh. Belum sempat menyembah bumi, ghaib ditelan kertas tisu. Kurang derita pungguk dikala itu kerna setiap kali mahu rebah, ada tangan menyorong tongkat. Setiap kali lelah, ada jari meramas hati sampai kebas dan pejal. Menantilah pungguk hingga pengakhiran cerita bertaip perkataan TAMAT.

Kau pernah jadi bulan? Anehnya aku tidak suka menjadi bulan yang dinanti pungguk. Kerana di akhir cerita, pungguk menderita. Bulan keseorangan.

Tapi bila aku menjadi pungguk yang hanya berdua dengan bulan dan hanya berteman nyanyian cengkerik, jiwa kosong bak ditebuk tupai. Lohong.

Kenapa kau jadi bulan dan aku hanya pungguk? Meratap saban malam sambil menatap muka bulan. Suatu hari, aku akan jadikan kau pungguk kerana aku mahu berkongsi duka merindui bulan.

Readers