Pages

Tuesday, May 24, 2011

Warkah Cinta Dinda Part I

Cuba mengadu damba pada angin tatkala hadir ia mahu mengelus pipi. Sekilas namun terasa tersayat perit. Katup kelopak mata melawan datangnya mengkis lagi.

Rayu dinda, dengarkan sekali ia berdegup sebelum kanda memilih untuk terus berlalu. Perih dan keinginan masih sabung lumba mendera. Jiwa resah bergelodak mahu melutut menutur rindu, meluah cinta, merayu hati, membela diri, juga berjeda berharap hanya kanda layak mengisi sepi.

Rayu dinda lagi, bacakan garapan tak seberapa puisi tanpa olahan enak ini. Bacakan pada jiwa kosong itu secara songsang berulang-ulang sehingga ia bosan, sehingga ia fasih mengangguk, sehingga ia lembut bak gemalai tari, sehingga ia menunjal mahukan dinda, juga sehingga benar tumbuhnya tembok penamat terbentang sejengkal jaraknya.

Cerita dicetera pada yang tiada terwujud disisi. Tangis di adu pada bahu yang tiada nampak di mata. Keluhan dihembus pada bayang yang datangnya antara sepertiga malam.

Masih dinda usung tinggi angan dan harap. Masih dinda nanti hati tembus terpanah. Turunlah kanda dari ruang lohong itu, tiada manfaat menanti di sana. Turunlah kanda melamar dinda. Kita lawan arus jejantas pelangi. Supaya pada akhirnya bahagia juga separuh lopang hidup kita.




Readers