Pages

Tuesday, May 3, 2011

tadahan lelah

Pikul semua beban, semata ingin mengambil hati. Disua keinginan hati, bertempiaran guruh berdentum. Belum lagi halilintar bergegar mahu menyambar. Barangkali mahu saja dibakar jasad ini hidup-hidup. Andai mati roh juga mahu dibiar tidak ada bertemu aman.

Pikul semua beban sedetik tambah, semata ingin menjaga hati. Dijahit kemas hati berbenangkan dawai besi. Supaya tidah bersebah menghambur ketidaksabaran. Barangkali qiam itu tanda keinginan meninggi. Lalu dipacak tiang buat penyandang harapan.

Ini bukan zaman purbakala, menjadikan diam itu tanda penganggukan tanda "aku pasrah pada takdir". Ini zaman invensi berlipat-lipat, menjadikan diam itu tanda pemberontakan jiwa yang tak mampu bersuara.

Keinginan disogok tambah, menimbun bersama kecewa. Kepak sudah di tiadakan, lalu bagaimana lagi lelah ini mahu ditadah.

Pinjamkan sebelah bahu. Aku mahu menongkat dagu. Menanti kalau-kalau ada yang masih belum buta melihat keinginan itu.



Readers