Pages

Wednesday, March 16, 2011

asmaraloka buaian lena

Asmaraloka mimpi terlayar lagi. Bilah demi bilah ditilik sehingga memakan ruas sendiri. Hibernasi separa datang antara khayal dan jaga.Aku cuba terjemah tafsir bagi makna sebuah jangkaan itu. Tepat tapi mencurigakan. Terbuai tapi menggerunkan. Angin rindu hasil putaran beliung tempias, lalu menggigit ulu hati. Dia mengejar sambil mengendong. Salah satu harus terlucut dari rangkulan. Sebelum hilang satu kesayangan, harus titip salam perpisahan pada yang tinggal. Mahu mimpi atau nyata.

Readers