Pages

Wednesday, March 16, 2011

dewi menanti

Gema masih ada. Rentetan belum putus. Selagi halkum gagah menelan liur, ia takkan berakhir. Sependek nafas terseka lagikan dikepam dalam. Mana mungkin janji termungkir.

Saban sore masih dinanti tanpa lelah. Pabila alunan wangi cempaka kembali menebar penuh gah, Dewi lagikan tersenyum. Sore berganti lalu dia sudah mahu muncul.



"Duhai Sang Pencinta Dewi, ku depa kudrat seluas taman menanti pulanganmu dalam hangat dakap rindu..."



Tusukan harum cempaka menguning membawa tujuh ukir senyum. Seluruh alam seakan memutar membawa Dewi bangkit meninggi, masih mendepa mengharap satu kepulangan pasti.

Readers