Pages

Wednesday, March 16, 2011

songket cinta

Longgokan timbunan kaca masih cuba dikuis lembut. Cepat atau lambat tetap juga berdarah. Tiada ilmu batin yang mampu kebalkan satu hati dari goresan luka cinta. Seharusnya mampu diharungi kerana kata hati sedari mula jadi kemudi. Lafaz lelah, sorotan simpati, atau tepuk sorak hanya sekadar penyeri permainan.

Ibarat kau mula membuka kotak Jumanji. Harus bagaimana mahu berundur? Maka tenunlah ia sampai siap jadinya selembar cinta. Berkilau.

Readers