Pages

Tuesday, March 15, 2011

biar nyata dan maya ini putus

Bila sendu berlagu mendayu2. Bila hati dan naluri tidak lagi berfungsi. Bila jiwa berantakan. Segalanya hanya kerna sebuah pengharapan yang hancur berkecai.

Bila kepercayaan didustai. Bila kegembiraan dihancuri. Bila bahagia dihalang. Segalanya ibarat sebuah tembok utuh menghalang perjalanan sebuah destinasi.

Bila nurani sepi. Bila mulut terkunci. Bila degupan seakan terhenti. Segalanya tidak ada erti seakan dahan yang mati dan dedaunnya gugur kebumi.

Kontang mesra bicara kerana bisunya bibir. Lembab sepasang pipi masih tiada riak mahu kering.

Gundah merangkul jiwa. Aku takut. Gelora menghempas hati. Aku sedih. Aku mahu hilang. Hilang dalam ramai. Aku mahu meraung. Raung pada yang peduli. Aku mahu pergi. Pergi tanpa kata.

Biarkan saja nyata dan maya ini putus. Biarkan walau untuk seketika. Biarkan sehingga bangkitnya aku yang baru. Biarkan saja. Demi mengubat sekeping hati yang melara.

Readers